Saya dah berubah
Thursday @ 9:03 PM | 0 notes

Assalamualaikum, hye *waving*

Hikhik, awak semua nampak tak boyfriend baru titew kat atas tu? haha, Justin Bieber hanya dalam kenangan now, Bruno Mars. Saya tak berapa minat sangat dengan Zayn Malik, sebab kadang-kadang tu, muka dia macam entah apa-apa jugak. lebih baik saya teruskan tujuan saya menulis post ni sebelum kena kejar dengan peminat-peminat Zayn Malik sebab saya kutuk Zayn. 

Saya tak sedar pulak, yang kawan saya selalu baca post kat blog saya, dan saya sangat terharu *lap air mata* saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada, kedua ibubapa saya, adik beradik saya, kawan-kawa saya, buah hati saya, sebab sudi baca blog saya. Eceh macam dapat anugerah je, hahaha. Kawan saya cakap yang blog saya dah tak seceria dulu, bila baca je, sedih, muram, takda perasaan gembira, tapi adalah sedikit. Diorang nak saya yang dulu, yang pandai buat lawak dalam blog, yang pandai memutar belitkan ayat sampai tak faham maksud, yang seceria macam matahari, dan lain-lain. Saya update post yang sebelum-sebelum ni sedih semacam, sebab saya rindukan seseorang. Rindu sangaaaaaat......... ok saya taknak buat post sedih lagi dah.

Saya pun nak diri saya yang dulu, yang seceria matahari, yang selawak zizan, *eh? yeke? hah?* yang sediam kacang dalam kulit, yang tak suka sedih, yang suka buat bising, eh kalau boleh saya nak saya yang dulu! *hentak meja* Saya tak percaya yang seseorang boleh mengubah saya 180 darjah, uunbelieveble, ia satu impak yang sangat besar. Sampai semua orang perasan dan saya pun perasan. Saya perasan dekat blog and twitter. Post benda sedih, tweet ayat sedih. Haih, ok mari tolong saya ubah diri saya kepada yang asal, saya taknak diri saya yang selalu sedih dan muram ni *bawak, sepana, skru, tungkul kayu* Eh? nak bina rumah apa? hahaha . Ok, nxt week saya dah exam, wish me luck *waving*