Hati ini
Sunday @ 1:37 AM | 0 notes


Tadi tengok Movie Battleship, ok seriusly AWESOME dan BEST GILAAA! Ya Allah, memang the best, bagi 100 bintang! okenough. 

Perasaan saya sekarang ini semua orang tak tahu. Ada yang kata saya bertambah ceria, ada yang kata makin chubby *buat muka mail lambung*, ada yang kata saya dah bercinta. Tetapi, tetapi, dengar baik-baik ya, semua tu tak betul, sebernanya hati saya ni dah berpecah kepada dua, dah berkecai, dah renyuk, hanya disebabkan seorang lelaki yang digelar CRUSH *lap air mata* ehem, macam cerita hindustan pulak. 

Dia membuat saya kecewa tahap baby, dia biar saya menangis di penjuru bilik berseorangan. Tak guna punya crush *baling teddy bear* tapi kan, even crush saya biarkan saya macam tu je, saya tetap maafkan dia. Sebab saya tahu, hanya crush saya sorang sahaja yang boleh membuatkan saya senyum berpanjangan *tutup muka dengan bantal* tengok bertapa hebatnya kuasa crush saya. 


Tapi, saya nak mintak maaf sangat kat awak, crush. Hati saya dah tertutup untuk awak. Saya buka pintu hati saya ni untuk orang lain masuk. Saya dah tak sanggup nak hadapi perkara yang sama dengan awak, saya tak kuat, saya takut dan lemah. Tapi awak, awak lah crush saya yang akan saya ingati *Amboi macam cerita ombak rindu dah* Saya harap awak jumpa perempuan yang comel, baik dan ect dari saya. Semoga awak bahagia. Jangan buat macam mana awak buat kat saya dekat perempuan tu. Maaf sekali lagi... 

Lost of love,
Adibah