Kenangan bersama
Thursday @ 3:14 AM | 0 notes

Kita mulakan hubungan kita, dengan salam perkenalan...

Saya online facebook awak IM saya, awak tegur saya dan awak mulakan perbualan kita dengan "Assalamualaikum" . Pada mulanya, saya ingat awak orang yang baik-baik. Jadi kena lah cakap, sopan, ltak boleh kasar dan sebagainya. Lastly saya bukak profile awak, awak seorang yang takda lah baik mana, merokok, melepak semua tu saya tengok habit bagi awak. Tapi kita just kawan, saya tak kisah. 

Awak, selalu tergur saya. Pada suatu hari, awak nak cepat. Jadi awak mintak nombor telefon saya, saya dengan tak fikir masak-masaknya apa, saya terus bagi. Pada malam tu, awak text saya. Saya terkejut, saya pun mulakan perbualan kita macam biasa. Awak selalu mintak izin dengan saya nak call saya, tapi saya tak bagi. Sebabnya pun saya tak tahu kenapa. Sampai satu masa, masa tu hari jadi awak dan awak dapat free call. Awak cakap, awak betul-betul nak cakap dengan saya, nak dengar suara saya. Jadi saya pun bagi, saya anggap suara saya yang awak nak dengar sangat ni, sebagai hadiah hari jadi awak. 

Kita dah selalu call, text dan sebagainya. Ada satu hari tu, awak langsung tak text or call saya. Saya risau sangat, takut ada apa-apa terjadi dekat awak. Bila saya tanya keadaan awak kat kawan awak, kawan awak taknak bagi tahu, saya rasa macam awak mempergunakan saya. Saya pun mengurungkan diri dan ingin bersendririan. Awak call saya pada malam tu, saya angkat, kita bual-bual macam biasa, tetiba saya nangis, awak risau, awak tanya macam-macam, lastly saya mengaku yang saya rindu dengan awak dan takboleh hidup tampa awak. Awak diam, awak terus off. Saya pelik? But saya anggap yang awak tak boleh  terima dan pada malam tu jugak, saya cuba lupakan awak.


Esoknya, petang tu awak ajak jumpa. Saya taknak, tapi awak paksa jugak, akhirnya saya pergi jugak, sebab awak memang pandai pujuk saya. Saya pergi, saya rasa ada benda akan terjadi. Memang betul pun tekaan saya, awak luahkan perasaan awak terhadap saya selama ni, awak taknak bagi tahu saya awal-awal, sebab awak cemburu tengok saya bergaul dengan lelaki. Sebab tu awak, emosional sampai terbawa-bawa taknak layan saya. Perasaan saya masa tu, memang gembira sangat. Cinta saya tak bertepuk sebelah tangan, pada hari tu jugak, kita mulakan hubungan baru, bukan kawan tetapi kekasih.

Awak jaga saya, sayang saya, cintakan saya, belanja saya, tidurkan saya, kejut saya dari tidur, saya rindu saat tu, tapi sekarang? kita dah takda apa-apa, kita dah ada haluan masing-masing, kita takda jodoh, saya tak boleh bagi kegembiraan kat awak, saya selalu buat awak marah, awak selalu takda mood bila dengan saya, saya sedih. Saya putuskan hubungan kita, sebab saya tak sanggup bersedih setiap hari dengan keadaan kita macam ni. Awak pun sama, awak rasa kita memang dah takda jodoh. Kita memutuskan hubungan kita dengan baik dan bukan salah sesiapa.

Saya masih ingat lagi kenangan kita, sebab awak cinta pertama saya dan tak mungkin saya akan lupakan awak. Awak lah kenangan saya dan sekarang kita bahagia bersama orang tersayang. Saya doakan awak bahagia dan suatu hari nanti kita pasti akan bersama kalau kita ada jodoh.