Surat buat bakal Husband/Boyfriend
Friday @ 7:20 AM | 0 notes


Kehadapan, My future boyfriend/husband yang handsome macam Aaron Aziz *cough*,

Actually, saya tak tahu macam mana saya boleh ada idea nak tulis surat ni kat awak dan saya pun tak tahu suami saya nanti macam mana lah rupa bentuk dia. Saya pun tak tahu lah bila saya dapat jumpa jodoh saya yang telah Allah s.w.t tetapkan. I hope one day, I found. Btw, saya harap awak baca surat ni dengan excited. Kalau awak baca dengan tak excited, saya taknak kawan dengan awak. Merajuk dua minit *macam zara pulak* Ok, saya taknak merajuk lama-lama takut awak kahwin lain dan saya taknak benda tu terjadi. So my future husband bacalah apa yang saya ingin sampaikan. 

JANGAN MARAH SAYA
*cough* *cough* jangan marah saya kalau saya siap lambat kalau kita nak pergi dating. Hikhik, sebab saya memang siap lambat. Dengan nak lilit pashmina macam mumia lagi, baju yang sesuai, palm shoes yang sesuai, handbag yang sesuai, and so on. Dont worry saya takkan melaram sangat bagi suami orang lain tenung saya, saya akan melaram dalam rumah untuk awak je. Masa bila? Masa... *malu sambil letak jari kat mulut* rahsia. Tunggu je laa, awww. Jadi awak kena tunggu dengan sabar laa. Lagi satu, kalau saya tengah guna cermin masa tu, jangan awak sibuk nak tumpang. Nanti ada yang dating pipi merah kat sebelah, ok? Maaf abang, tertampar. 

MAKAN, MAKAN DAN MAKAN 
Maafkan saya ya awak, saya ni suka makan. Jadi awak kena faham-faham lah, stok makanan kat rumah tak boleh habis tau! Awak kena selalu belikan makanan untuk saya. Hmm, kalau bab masak, saya nak mintak maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki sebab saya tak pandai masak. Tapi saya akan belajar masak demi awak yang tersayang. Sian nanti awak lapar, awak mengamuk apa semua, awak kahwin lagi satu. Saya taknak, tak suka tak suka *sambil mengoyangkan jari telunjuk* 

CIUM SAYA
Amboi, gatalnya saya ni. Hahaha, maksud saya... setiap kali awak pergi kerja dan balik kerja saya cium tangan awak, awak cium dahi saya. Tapi kalau awak tak buat saya baling buah tembikai kat awak, kalau awak lupa lagi, saya baling buah durian. Sampai hati awak lupa kan? Saya nak cari Husband alaa-alaa Rosyam nor pulak, lagi hot dari Aaron Aziz, huh *flip pashmina* tapi awak, awak awak dengar la sini jangan merajuk. Dengar ni, saya takkan berani buat awak macam tu, sebab saya sayang awak dan saya akan hargai awak. 

 ♥ SENTIASA BERSAMA SAYA
Awak, awak awak baca surat ni lagi, tak habis lagi ni. Saya nak awak selalu di samping saya. Sebab saya takut nak hadapi semua dugaan ni, lagi-lagi kalau saya sorang-sornag dalam keadaan gelap. Saya takut bila saya bukak mata, awak dah takda sebelah saya. Awak pergi merokok kat laur. Ni saya sumbat putung rokok dalam mulut awak. Awak jangan gatal-gatal nak merokok eh, saya tampar awak laju-laju. Kalau awak sayang saya, jangan merokok nya abang ku yang kacak dan tercinta *kenyit mata dan senyuman menggoda*

Saya tak tahu siapa baka suami saya, tapi saya tahu suatu hari nanti orannya akan datang dekat saya. Kalau kita ada jodoh, takkan lari kemana pun, even awak lari pergi hollywood untuk mencari selena gomez, one day awak akan datang dekat saya dan jatuh cinta dengan saya. Saya nak sangat kita happy dan jadi pasangan paling bahagia. Kalau kita gaduh sampai nak pecah rumah, jangan lama-lama sangat tau pendamkan perasaan marah tu. Kita buang sama-sama, then mintak maaf ya? Saya harap walau macam mana sekali pun, kita akan berjumpa suatau hari nanti dan jatuh cinta. and awak bakal suami saya. lagi satu saya nak awak tahu, saya peminat Aiman Hakim Ridza, okbai. 

Lots of Love, 
Your future wife, Adibah