Lelaki Idaman saya. My prince
Tuesday @ 10:55 PM | 0 notes

Hey, I just met you and this is crazy but here's my number, So call me maybe ♥
Assalamualaikum *wave*

Saya dah agak lama tak update blog, but harini saya update. Jangan risau be happy. Saya dalam keadaan yang sihat walafiat, terima kasih kepada yang bertanyakan kesihatan saya. Ada jugak orang risau pasal saya, *kesat hingus* Ok, saya sebernanya nak cari Boyfriend/kekasih hati saya yang baaru gittuww, haha. Jadi scroll sikit ke bawah, jom baca ciri-ciri lelaki idaman saya.

Jujur dalam hubungan
Meoww~ kenapa? sebab kebanyakkan lelaki zaman sekarang tak jujur *Ehem, diulangi kebanyakan bukan semua* Bila nak lepak dengan kawan or what, bukannya nak bagi tahu kat girlfriend dia. Then kita tanya keluar dengan siapa, tipu cakap keluar dengan zirafah lah, tobek lah, tenok lah, macam-macam lah. Lasty kantoi, keluar dengan beauty lah, jasmin lah, sonot lah. Pening kepala layan boyfriend macam ni. *cough* untuk lelaki idaman saya, awak bagi tahu je kat saya awak nak pergi mana keluar dengan siapa, saya takkan halang. Cuma cemburu je, sebab awak keluar tak bawak saya. Tapi disebabkan kita takda ikatan yang sah, saya rela.

Handsome, cute 
Awak awak awak, kalau awak kacak macam Aaron Aziz dan awak comel macam Dafi, saya lagi suka. Tapi kalau muka hansome hati busuk macam parit belakang rumah saya, lupakan romeo, saya takkan terima awak. Saya taknak lagi disakiti dan tergoda dengan muka awak bukan hati awak. Kalau muka awak kacak macam ayah saya, saya terima. Sebab hati awak baik kan? *please angguk* Sayang awak, muah sikit *flying kiss*

Tak pentingkan diri sendiri 
Wahai jejaka, awak, saya taknak awak jadi macam kat atas tu. Sebab kalau awak jadi macam kat atas tu, sampai saya awak abaikan, saya dah nak mati pun awak buat bodoh. Berani lah awak pentingkan diri sendiri, saya bangun nanti saya datang cekik awak, macam meriam dalam puntianak harum sundal malam. Muahaha, berani buat *muka bangga* Saya nak awak, fikir semua orang yang ada disekliling awak. kalau awak busy sangat, awak cakap jangan diam. Saya tampar awak kat situ nanti, awak jangan tanya kenapa.

Penyanyang
Saya nak bagi tahu something, saya ni sebernanya seorang yang sangat manja dan saya paling suka bila orang sayang saya. Rasa dihargai *lap air mata* maygawd. Kalau lelaki penyanyang setiap hari dia boleh buat saya cair macam liquid paper, papermet. Asal picit je cair, asal picit je cair, hahaha *kepada yang otak kuning jangan baca bahagian ini*

Nak kata Tinggi tak tinggi sangat, nak kata rendah, tak rendah sangat. 
ehem, saya ni orangnya rendah-rendah *cough* *cough* jadi, kalau nak mencari orang yang sesuai ni, kenalah yang leibh tinggi sikit, kurang rendah sikit. Senang cerita la kan, yang sedang-sedang. Kalau saya 150cm dia 170cm *mengucap* itu pun tak faham ke? haiya *hentak kepala kat dinding* hahaha, bukan apa, senang sikit saya nak..nak...nak...bisik kat telinga awak kalau saya nak bagi tahu rahsia. hikhik.


Jangan jadi Gangstar
Pembetulan, bukan gangstar realiti show menyanyi tu eh? Ni gangstar yang pukul-pukul orang, buli orang, haaa, kalau awak berani belasah orang. Saya belasah awak balik. Ingat saya tak berani? saya akan guna cara halus, saya baling tembikai kat awak, muahaha *gelak jahat* biar awak rasakan macam mana kena belasah dengan orang *flip pashmina* Ok, kalau awak jadi gangstar nanti habis saya terkenal satu sekolah. Pastu mula lah dapat banyak haters sebab perangai hantu awak tu.

Ok, ini sahaja. Tak boleh lebih lebih. Eh, lagi satu saya nak bagi tahu saya tak suka lelaki MEROKOK. Ya Allah, kalau awak sayang saya, tolong lah jangan merokok. Saya sayang awak, taknak awak mati cepat, nanti saya jadi janda, saya kena carik pengganti tempat awak. Saya taknak. Kalau saya nampak atau tahu awak merokok, saya sumbat mulut awak dengan pisang. Time tu awak jangan tanya kenapa lah kan? Saya harap awak faham, maceh *senyum sambil buat peace*

Lost of love,
Adibah