Goodbye Romeo
Monday @ 7:32 PM | 0 notes


Apa khabar semua? Saya dalam keadaan sihat sejahtera. Kalau tak sihat takdanya duduk depan lappy update blog. Hewhew. Dah lama jugak saya tak update blog. Bukan apa, saya ada Mid-Year exammination jadi ayah saya tarik kesemua keistimewaan saya. Eh, bukan semua tapi sikit je. Sebab phone ayah tak tarik sebab tu saya masih lagi mengada-ngada di twitter. Ok, saya sebernanya dalam keadaan terluka. Apa yang terluka? Hati saya. Ewah.

Hati saya dah dilukai oleh seorang lelaki. Haih saya rasa macam malas nak cerita takut mamat tu baca, tapi nak buat macam mana kan? saya dah tulis sampai sekerat jalan baik saya habis sampai ke hujung jalan. Saya sangat kecewa dengan lelaki tu. Dia betul-betul dah buat hati saya sakit untuk kali kedua, saya paling menyampah lelaki macam ni *hentak meja* tapi saya sabar, saya tak nangis, saya tahu saya kuat, saya tahu saya pura-pura kuat, sampai bila orang naik risau pun saya kata saya okay. Kalau saya jadi kawan saya, dah lama saya hempuk diri saya ni. Gatai nak tanggung sorang-sorang.

Saya tak tahu kenapa dua orang lelaki gila ni buat saya macam ni? apa salah saya? saya pening bukan sedih. Kenapa diorang buat saya macam ni? Tu yang jadi topik utama dalam otak saya. Pernah saya ternangis bila buat karangan sebab teringat kat dia, then cepat-cepat saya cover. Saya teringat dan dia lah buat saya jadi gila, buat saya suka kat dia. Now, saya kena tanggung sendiri. Even mamat tu tak balas kata hati dia, tapi saya dah tahu dari perangai dia. Takpa awak saya faham *lap air mata* Disebabkan saya taknak jadi perempuan syok sendiri dan perasan lebih saya kena undur diri, biar hati saya sakit. Saya tak kisah, janji kawan-kawan saya ada dengan saya, saya akan kuat harungi semua dugaan.

Sekarang hati saya dah tertutup untuk dua insan lelaki yang pernah bertapa di hati saya, saya dah buka kepada orang lain *macam game pulak* sila beratur ketika mengisi borang, ewah macam aku hotstuff sangat. Coach saya cakap, saya kena ada banyak pilihan takpa kalau saya suka ramai orang sebab nanti saya akan pilih siapa yang layak untuk saya. Ewah macam kekal, haha kalau ada jodoh insyaAllah kekal *senyum tunjuk peace* Tapi kalau saya masih lagi menaruh harapan terhadap kedua-dua lelaki ni, tolong ketuk kepala saya. Maybe time tu saya masuk air.

Hai, okay tak design blog baru saya? Hehe, separuh siap sebab susah dan agak pening nak buat. Boleh pengsan. Btw saya suka nampak simple sikit. Lagu blog, saya tak tahu sejak bila saya suka dengar lagu tu, bila Ain start bagi lagu tu, tiap-tiap hari saya dengar. Haha, okay enjoy! *wave*
Lots of love 
Adibah