Diamond camp
Friday @ 2:33 AM | 0 notes

Hai, apa khabar? saya sihat sejahtera disini. Tujuan saya menulis post ini untuk memberitahu bahawa, pada cuti sekolah yang lepas, saya telah pergi kem. Diamond camp yang dianjurkan oleh tempat tusyen saya, Tusyen Berlian*garu kepala* Mcam nak hantar surat pun ada. Haha, korang semua rindu saya tak? *lambai* ..... *bunyi cengkerik* Okay, saya sebernanya rindu... dekat blog saya nih, alooo tomei tomei bucuk mama. Dah bersawang dah dia? *bersihkan* Okay, tampa membuang masa *ewah* Saya akan ceritakan pengalaman saya, hewhew.

4. Mei. 2012

Masa bangun pagi tu Ya Allah, bertapa penatnya. Dah lah baru balik dari cameron dan sampai dekat rumah dalam pukul 2. What the cookie lah kan? Tidur pun tak cukup, then terus pergi kem dengan muka selenga. Haih, okay nak tengok tak muka bersih, suci dan murni saya pada pagi buta yang tak berapa nak buta. 

Wah, omey nyer titew :3 ahaks
Mata saya cantik+menawan kan? Aww, saya bersyukur dapat mata seindah sakura ni *garu kepala* Tak perlu beli contact lense palsu tu, memang dah sah mata kau palsu. Puih. Okay, ni ayah nak hanta kat pusat tusyen. Straight to the point, sampai je dekat tusyen nampak shahrin, cewek gangteng *kenyit mata* tak gangteng mana pun *mata* Then, suruh dia teman sampai lah La dolce Amira sampai. Then terus masuk bilik "mesyuarat" Mr. Zul bagi sikit taklimat, agihan kumpulan dan pelantikan penghulu, penghulu wati serta capten, penolong capten. Saya dapat kumpulan 1 dan satu tema dengan my junior and Abe Imran yang..... *bunyi cengkerik* Mula-mula saya dengan Imran jadi Capten, penolong capten tetibe, ada pelantikan penghulu dan penghulu wati semua sebut nama saya dengan Imran. mana saya tak tercengang. Kau nak suruh aku pegang dua title dalam satu masa yang sama ke? *hentak meja* 

Then, dah buat keputusan. Capten kumpulan saya Awe Hakim dan mekFarah. Eh? diorang junior saya so, tak boleh panggil awe.. kena panggil Capten Hakim *cough* Firstly, game pertama kiteorang.. kena buat bendera. Phew, memang kumpulan saya punya bendera memang paling top to the top lah. Walawah *flying kiss* Nak tengok? tengok lah... 

Walaweh, Saidina Osman gittuww.
Cantik kan? Mesti lah saya pereka bendera ni *bangga* Tapi dengan sumbangan idea semua ahli kumpulan saya dapat jugak hasilkan bendera top to the top next top model. Then lepas siap kiteorang naik bas. Maaf, saya tak letak gamar dekat bas, saya sibuk bergurau dengan Penghulu, abe Imran tak sempat nak jadi paparazi. Then sampai sana terus kiteorang dapat berita yang "sangat gembira" Kiteorang kena pasang khemah sendiri. Ya Allah seumur hidup waa, waa tak pernah pasang khemah. Sekalang lu suruh wa pasang? Memang lu carik nahas lah *KL Gangster* Disebabkan saya masih lagi waras, saya patuh arahan dan pasang khemah. 


 Saya ada dketa situ, kalau nak cari lah. Baju orange tudung kelabu. After that, kiteorang pergi dengar ceramah. bertapa baiknya aku nak dengar ceramah *claps hand* Then, mandi. Lepas mandi makan malam dulu, takkan tak lapar kan?  Mesti lapaq na,




Muka semua nak hotstuff je *cough* Okay ada gambar tiga 4 orang nih, dari kiri shauki, Mr.Zul, Aqil, Amzah. Kenapa saya tak panggil abe? Sebab diorang ni sebaya dengan saya. Dah boleh jadi geng Upin Ipin dah. Hahaha. Okay, jangan tenung gambar saya lelama, time tu saya segan nak pandang camera. Yelaa, tengah makan, tetiba comot-momot ke? Tak tercemar nama aku? *ewah* Then, malam tu kiteorang buat BBQ. Yummy best, saya nyanyi malam tu *jangan percaya* Saya nyanyi tak umu, nyanyi bila Abib main lagu kosong, then saya nyanyi for fun. Saya nyanyi pun sebab dia suruh *pandang bawah* Then, malam tu saya tidur. Sebernanya ada rahsia yang tertinggal sebelum tidur tu. Saya tak mahu cerita kat sini, sebab terlalu umum. 


5. Mei. 2012

Pagi-pagi buat Qiamulai, saya sebagai penghulu wati akan memastikan semua orang sembahyang. Tetapi ada yang degil tak sembahyang, menyorok dekat ceruk tok kun mana entah. Then bising, memekak, gelak kuat-kuat. Kalau aku baling batu tuh, diorang mesit tak perasan, yelaa syiok sangat berbual. Hamek kau, aku kutuk kau *jerli lidah* Then, tukar baju *blushing* Main game: Explorare. Bukan Dora the Explorare eh, harap maklum. Saya semestinya yang paling the vow lah kan. Penakut nak mampus paling banyak dan my abe Imran tegur cem nih 

Me : *buat muka takut* *mengeluh* 
Imran : Hoi! Pergi lah buat. 
Me : *terkezut* Taknak ah, aku tak berani. 
Imran : Haih, kau sebagai penhulu wati kena tunjuk satu contoh yang baik. Kalau kau tak tunjukkan keberanian, mesti diorang pun tak berani... 
Me : *terus belah* *taknak dengar dia membebel* 

Hahaha, bengong sikit pakcik sorang nih. Takpa dia tak kenal aku sangat, baru kenal gituw, gituw. Hahaha, okay tamat je explorare, kiteorang dengar busuk masamnye apa lagi, pergi terjun kolam lah. Haa, kau jangan tak percaya, tempat camp kiteorang ada kolam renang. Advance gittuww. Hahaha. Okay selesai mandi, kiteorang bersiap untuk pulang. Mata waa time tu hang toksah cakap alg, memang sembab. Dah lah penat, kena bangun pukul 4 pagi, kejutkan semua perempuan. Semua tanya "Kenapa muka nampak pucat?" Haa, tahu pun kau. Inat taknak tanya kesihatan aku. Semua sebab nak kejutkan korang lah, ada yang susah nak bangun, aku rasa nak simbah air pun ada *muka jahat* Okay, dalam bas semua tidur. Memang penat tahap cipan lah kan. Penghulu aku biar dia cakap sorang-sorang, taknak borak sekali, penat wey penat. Then, terjaga dari tidur... Dah sampai putrajaya. Putrajaya? Memang ada dalam jadual lawatan ke putrajaya, tapi tengok semua muka penat tahap kucing, tak jadi. Cuma tangkap gambar, tangkap gambar pun senyum nak taknak. Yelah takut ada air liur basi. Then, dalam bas semua sambung tidur. Saya dengan Amira dan Imara. Tak tidur, saya layan lah apa yang dia nak cakap, tak layan kang merajuk tak tentu pasal pulak. Hahaha

Sampai je dekat pusat tusyen, terus call ayah suruh amik. Sampai rumah tak tidur lagi, sebab mummy takda pergi rumah mak sedara. Ayah pulak nak keluar, saya suruh beli nasi lemak. Ayah pun beli, lepas makan nasi lemak ayam berempah... apa lagi? Tidur lah, terbongkang atas katil. Hahaha, memang penat tersangat. Saya pun penat nak tulis post ni, nak kena ingat kenangan lagi. Jadi sampai sini sahaja, pengalaman yang tak berapa nak menarik ni *claps hand* 

Lots of love,
Adibah