Kucing.
Thursday @ 4:30 AM | 0 notes


Assalamualaikum, Hai *lambai*

Saya dah tukar skin blog. Hehe, saya tahu buruk *muncungkan mulut* Tapi saya punya suka lah. Kalau saya nak skin macam mana *Huh* Okay, saya tadi skodeng-skodeng blog orang.. then terbaca satu post about "Cat" terus saya ingat dekat kucing saya, tompok. Saya tahu nama tu agak kampung. Tapi, saya punya sukalah. Hati saya punya pasal. Hahaha *cover* Saya tersentak baca post itu, lalu saya pun ingin meluahkan rasa rindu saya dekat kucing tu, dekat blog. Hmm, *wipe tears*

Saya sayang sangat dengan tompok, ambil tompok dekat kampung *padan nama macam kampung* masa tu dia still baby. Mata tompok sakit. Dengan perasaan kesian, saya ambil dia, jaga dia with my Mummy. Saya main dengan dia, bergurau dengan dia, mandikan dia, SAYA RINDU NAK BUAT SEMUA TU. Selalu bila balik sekolah, dia akan kejar saya, al-maklum tompok tak pernah tengok stoking, so nanti dia gigit-gigit even bau bushuk *tutup hidung* Then saya suka suruh tompok gigit tangan saya, rasa geli, geli geliman. Masa tu dia tersangat lah omey omey omey.


Ayah pernah colour bulu tompok katanya "Nak bagi tompok nampak kucing parsi. " That time saya rasa macam "Alaaa, takpayah lah ayah. Dah comel dah ni" Then, ayah colour jugak. Masa tu kelakar gila, tergelak saya dengan adik. Macam kucing celop. Haha, tapi jangan risau, colour tu makin lama-makin luntur. Then, satu hari tu... Saya dengan adik semua dah pergi sekolah. Haritu mummy penat sangat. Tompok dah mengioaw, miaow kat luar. Mummy, lupa nak bagi makan. Mummy terus rehat.. Lepas balik sekolah, saya tengok tompok takda. Saya panggil, dia tak keluar, tanya mummy. Mummy kata dia pergi merayau. Saya masih lagi okay. Petangnya pulak, saya tunggu sebab nak bagi tompok makan. Tapi tak balik jugak, sampai sekarang. Saya rasa sedih, rindu semua ada. Memori saya dengan tompok. Saya selalu lepaskan geram dekat tompok, tapi tompok tak marah pun, saya selalu baring dengan tompok. Saya rindu semuanya, rindu sangat. Kalau tompok masih lagi hidup dekat luar sana, saya harap dia tak apa-apa, ada orang jaga dia. Kalau dia dah mati *wipe tears* Tolong kuburkan dia.

Hai sayang. Saya rindu awak. Muah *flying kiss*

Lots of love,
Adibah