Sangat bebas
Wednesday @ 1:29 AM | 0 notes

Assalamualaikum and Hai :)


Apa khabar? Saya harap semuanya sihat sejahtera. Al-maklum lah, sekarang kan musim "final exam" and musim hujan so maybe ada yang demam, pening kepala, and so on. Saya sepanjang minggu peperiksaan, banyak preasure, demam & pening kepala. Nasib demam saya tak tinggi, alhamdulillah boleh jawab dengan elok & sempurna. 

Saya ada lagi dua paper. satu paper tak berapa berat & satu lagi paper berat. Iaitu agama and sejarah (paper3) Saya sedang berusaha untuk lulus paper 3. Btw otak saya sekarang dah rasa ringan gila, takda exam berturut-turut, lepas ni exam cuti, ada paper, cuti last paper. Kan senang nak buat revision, nak ingat balik mana yang dah lupa. Tapi, jangan merungutkan? Hahaha, okay saya cuba taknak merungut *betulkan kedudukan* Saya sekarang rasa tenang, bebas, and macam-macam lah. Si "dia" pun, takda nak kacau saya sekarang and kiteorang dah buat keputusan, relationship kiteorang akan terjawab lepas dia exam. Terjawab? *cough* *cough* Itu nanti saya cerita untuk episod baru. Hahaha

Dia bebas buat apa yang dia nak, saya bebas buat apa yang saya nak. Saya boleh melepak, memekak, gelak terbahak-bahak, tak perlu nak cover cun sangat lagi dah. Saya dah ada orang yang punya and InsyaAllah till Jannah. AMIN . Tapi orang kata, kalau dah berpunya lagi lah kena jaga adab? Eh, suka hati lah. Kalau saya boleh terima dia seadanya, dia kena terima saya seadanya. Rasa macam diri dilepaskan dari sangkar dan terbang bebas. 

Sekarang saya penuhkan masa saya dengan tengok cerita drama korean yang saya terlepas, iaitu Innocent Man . Tapi saya ada tengok cerita wayang online juga, sebab my parents tak kasi keluar selagi exam tak habis so.... saya habiskan masa dekat depan laptop tengok cerita *kriuh kriuh*  Anyway, good luck untuk korang semua yang ada lagi paper nak jawab or baru start exam. Chaiyokk! 

Lots of love,
Adibah