Tips Rambut lawa.
Friday @ 11:59 PM | 0 notes



Assalamualaikum and Hai 

Hai harini saya buat tips untuk penjagaan rambut yang lawa. Rambut saya lawa tau. Kenapa tak percaya? Ceh, rambut saya lawa, sampaikan all my cousin semua cemburu and ada satu masa tu saya potong rambut paras bahu then diorang marah. Diorang kata rambut dah lawa buat apa potong. And sekarang saya takkan potong rambut saya, biar panjang macam pontianak. Boleh kacau orang malam-malam, HAHA *gelak besar* 
Okay, untuk mendapat penjagaan rambut yang lawa, boleh buat orang cemburu dan sebagainya. Sila rujuk di bawah 

Ketika mandi.
Kenapa pulak dengan mandi tetibe ni? Hah, saya nak bagi tahu. Masa mandi guna lah conditioner not just shampoo sahaja, guna lah conditioner untuk kekalkan rambut lembut dan ringan. Okay, bila nak bilas rambut make sure kita tunduk ke bawah, then bilas. Bila nak keringkan rambut, jangan kesat dengan tuala. I mean jangan kesat kasar-kasar, just biasa or guna tualan then tarik rambut ke bawah. Sesetengah orang suka perap rambut dia. For me, jangan buat. Nanti rambut rosak & busuk. 

♥ Guna Minyak Zaitun/ Limau purut.
-Time korang free, hari minggu contohnya. Sebelum mandi, sapu minyak zaitun dekat rambut untuk nampak rambut bersinar. Boleh jugak guna limau purut, tapi kalau limau purut. Firstly bahagi dua, then picit dekat dalam mangkuk. Atleast, nak 4 buah limau purut. Sapu kan dekat kulit kepala dan rambut. Kalau ada masalah kulit kepala, guna limau purut memang best. Memang pedih sikit, tapi tak salah nak cuba kan?

♥ Jangan guna elektronik dekat rambut.
-Lepas mandi jangan guna Hair dryer. Takut rambut rosak. Tapi kalau pagi nak pergi sekolah, make sure bangun awal. Dapat keringkan rambut awal. Jangan guna straightener. Rambut boleh kasar, boleh gugur. Saya pernah mengalami and now rambut saya selalu gugur. So, untuk yang lain jangan guna. Kita main rambut kita dengan benda-benda ni, rambut boleh rosak, cepat gugur, cepat beruban. Takut uban kan? So, jangan buat!

♥ Colour rambut.
-Ramai orang suka colour rambut. Tapi saya nak bagi tahu hukum sikit. Kalau kita colour unutk tontonan orang ramai berdosa, tapi kalau kita colour untuk kecantikan diri kita sendiri, tak mengapa. Saya colour rambut, tapi saya pakai tudung and family saya je tahu rambut saya macam mana. Saya takda pun nak tunjuk dekat kawan macam mana rambut saya, sebab dosa. Kalau nak colour rambut make sure tengok igredients dulu, takut kulit kepala kita sensitif. Saya cadangkan, guna inai rambut. Kalau inai rambut takda apa, sebab dari daun. Tumbuk terus. So, tak bahaya untuk kesihatan. 

Okay, just this my tips walaupun korang rasa tak berbaloi, bagi saya berbaloi sangat. Apa nak tengok rambut saya? Tak boleh. Saya pakai tudung. Jangan risau saya guna semua tips ni & sebab tu saya share. Rambut kan mahkota perempuan, kalau takda rambut bukan perempuan, pondan. Haha

Lots of love, 
Adibah